Lipstick and Sneakers

Just sharing…

Menu
  • Home
  • Travel
  • Skincare
  • Foodie
  • Life
  • Contact Me
  • Disclaimer
Menu

24 jam di Geneva, Switzerland

Posted on March 24, 2019March 26, 2019 by peachlilyfara

Saya memilih Geneva sebagai pintu masuk ke Switzerland selepas menimbang pro dan cons: 1) Selepas lihat peta autumn trip saya, Geneva merupakan entry point yang paling sesuai dan mudah untuk saya bergerak. 2) Pengangkutan di Geneva percuma untuk 24 jam, dari airport sehingga jalan-jalan di bandar.

Swiss Airlines menjadi pilihan kerana well nak pergi Switzerland, lebih afdal naik airlines dia haha valid tak reason? Nope? Sebenarnya harga tiket tengah murah dari airlines lain so yeah Swiss Airlines it is.

Dah nampak Jet d’Eau

Selepas selesai urusan Imigresen, saya terus mencari mesin tiket. Boleh dapat tiket percuma ke bandar untuk 80 minit pertama jadi jangan berlama lama dalam airport. Airport Geneva kecil je lebih kurang LCCT saiznya.

Tak faham kenapa tak boleh rotate, tapi ni la mesin tiket tu

Bila tiba di tengah bandar Geneva, saya mencari hotel yang sudah ditempah 2 hari sebelumnya. Confuse sungguh sebab bangunan lebih kurang sama je bentuk dan warna pastu ada 3 deret melintang. Nasib la cuaca nyaman je so berpusing pusing mencari takde lah letih atau berpeluh. Selepas menanya orang kedai, jumpa juga akhirnya. Mind you, tak semua fasih berbahasa Inggeris kerana di belah Geneva penduduknya berbahasa Perancis tapi jangan risau sebab mereka sangat helpful.

Saya stay di Hotel St. Gervais. Masa check in saya dapat tiket pengangkutan percuma, nak naik bas, tram, ferry free of charge! Bilik saya kecil je sesuai la kan travel pun sorang-sorang, duduk semalam so sebenarnya not bad at all!

So I spent half an hour resting, toilet and other stuffs in the room. First destination, United Nations Office. Dari kecil tengok dalam tv jer kan, kali ni nak tengok real life. Kena naik tram ke sana, tak susah sebab atas kepala tram ada tulis UN.

Mencari Mr Koffi Anan tapi tak jumpa! 🙂
Broken Chair

Dah habis melawat saya tak ambil tram untuk pulang ke city tapi saya berjalan kaki untuk melihat kawasan berdekatan. Gambar-gambar dibawah merupakan tempat / monumen yang telah saya lalu.

Hujan renyai, saya balik ke city centre naik tram kemudian berjalan kaki ke Jet d’Eau atau The Geneva Water Fountain.

Jet d’Eau is a large fountain in Geneva, Switzerland, and is one of the city’s most famous landmarks, being featured on the city’s official tourism web site It is visible throughout the city and from the air, even when flying over Geneva at an altitude of 10 kilometres (33,000 ft) .
Five hundred litres (110 imp gal; 130 US gal) of water per second are jetted to an altitude of 140 metres (460 ft) by two 500 kW pumps, operating at 2,400 v, consuming one megawatt of electricity. [source; wikipedia]

Bunyi air sangat kuat dan bila berdiri bawah fountain memang boleh basah baju. Lepas ambil gambar lebih kurang, saya pergi berjalan tempat lain pula. Seronok betul sebab udara nyaman.

Hish my external hard disk buat hal tak boleh nak upload gambar dah! Time macam ni la nak buat hal kan. Huh..

Saya pergi ke Reformation Wall, Jardin Anglais, Notre Dame dan beberapa tempat lagi. Argh susah nak recall tanpa gambar. Waktu senja saya kembali ke Lake Geneva tengok swans berlatar belakangkan kedai kedai berjenama mewah.

Esok pagi baru beli Swiss pass untuk 3 hari consecutive travel. Saya beli di office dalam train station je. Lepas checkout dari hotel, saya tunggu train ke Montreux untuk bertukar ke panoramic train. Sebenarnya perjalanan panoramic train dari Montreux ke Lucerne tapi saya turun di Interlaken untuk ambil train lain ke Lauterbrunnen. Itu cerita di post lain lah ya.

Biasanya orang pergi ke Geneva sebagai base untuk ke tempat lain contoh ke Chamonix, Mont Blanc, kampung-kampung di Perancis yang terdekat. Dari Geneva juga boleh pergi ke kampung Evian, ala Evian mineral water tu. Best kan? Till next post…

Untuk harga dan jenis Swiss pass, rujuk SINI

X,

peachlilyfara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Notting Hill & Portobello Road
  • Kecewa dengan Kuang Si Waterfall, Luang Prabang Laos
  • Ulangtahun Perkahwinan di The Chateau, Berjaya Hills
  • BBQ dalam sungai, BBQ Lamb KL Kemensah
  • Cara-cara menghilangkan sunburn dalam sebulan

Wander Far

Putrajaya, Malaysia
farahhnazri@gmail.com

Give me some love

Archives

Recent Comments

  • peachlilyfara on Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri
  • peachlilyfara on Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri
  • peachlilyfara on Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri
  • uwais on Ulangtahun Perkahwinan di The Chateau, Berjaya Hills
  • Sunshine Kelly on Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri
©2021 Lipstick and Sneakers | Built using WordPress and Responsive Blogily theme by Superb