
Perjalanan diteruskan dari Cornavin Station, iaitu train station utama Geneva. Dekat dengan hotel, lebih kurang 10 minit berjalan, siapa kaki panjang lagi cepat la sampai hehe. Saya menunggu train ke Lausanne, dari Lausanne kena tukar platfom dan train lain ke Montreux. Bagaimana nak tahu perjalanan? Masuk website atau download apps Swiss train awal-awal jadi lebih bersedia takde la blur :))


Train sangat menepati waktu, macam gambar di atas pukul 10.03 maksudnya waktu berlepas, bukan baru nak board. Tiada maaf bagimu kalau terlewat sedikit pun. Kena naik next train yang selang 3-4 jam pula. Bagi saya rugi sebab nanti lewat sampai dan plan kena ubah, bila petang ada tempat dah ditutup. Oh rugi sangat dah la bukan dekat dan tempat bukan murah. Jadi jika tidak travel berseorangan please choose your travel partner wisely!
Dalam perjalanan ke Lausanne, saya bersembang dengan seorang lelaki warga Switzerland. Dia beritahu saya dia ada travel pass untuk dia bergerak ke mana-mana dalam negara selama setahun. Walaupun guna harga warganegara, pass setahun tetap mahal, dalam dua ribu lebih swiss franc(lebih dari RM8200)! Selepas setahun kena renew dan bayar lagi. Switzerland memang sangat mahal! Yang untungnya saya kerana dia benarkan saya berkongsi pocket wifi. Haaa jimat mobile data den.




Yes! Sampai juga ke Montreux tapi tak boleh keluar dari train station sebab takut tertinggal panoramic train. Please be remind tak semua panoramic train tau, ada train biasa juga yang tak lalu kawasan panorama cantik. So check betul-betul dalam website pukul berapa panoramic train sampai ke Montreux. Kalau tak nangisss….











I bet majority kita penah menonton movie ‘Dilwale Dulhania Lejayenge’. Amagad I’m so obsessed with that movie since forever (sebut ikut nada Kim Kardashian). Ingat tak scene Raj buat Simran terlepas next train dengan mengacau Simran masa nak beli loceng lembu? and he accidently ripped Simran’s dress sampai koyak then sumbat kain dalam mulut? Okay guys this is the train station! Even awal movie yang Raj lawan lari dengan kapal terbang kecik pun landasan dekat Gstaad ni, tak sempat ambil gambar. Thanks to this movie sebab Dilwale Dulhania lah saya tanam cita-cita nak ke Switzerland dari darjah 5. Okay lah enough dengan Dilwale.








Kat sini dah buat silap! Sepatutnya stop ketiga saya kena turun dan tukar train tapi saya tak turun. Actually agak keliru sebab ada train yg straight ke Lauterbrunnen, ada yang kena tukar. Akhirnya train itu membawa saya ke Grinderwald!! Kalau macam ni salah pun okay sis redha sebab Grindelwald salah satu base untuk pergi Jungfraujoch@top of Europe. Cantik sangat Grindelwald macam kampung Christmas dalam movie.Cantik sampai meleleh air mata.




On the way ke Lautebrunnen, pemandangan cantik sangat syurga dunia lah boleh saya kata. Stream dia warna baby blue! Tenang je,tepi-tepi tu semak hijau. Semak pun cantik dah macam mana tu?



Sampai Lauterbrunnen selepas setengah jam. Lauterbrunnen bermaksud lembah antara gunung. Ya memang, nak sampai tu train naik gunung, dah naik gunung, naik lagi gunung lain! Tengok luar tingkap seram dan gayat. Walaupun atas gunung dan gunung dan gunung, internet laju ya! Masa dalam terowong dalam gunung pun dapat je internet.Serious kagum, hats off Switzerland!
Dah sampai terus checkin hostel. Saya memilih untuk stay di female dorm, Valley Hostel untuk 2 malam, harga CHF63.64 atau RM260 plus.


Biasalah hostel kan kena pasang cadar dan sarung duvet sendiri. Walaupun hostel tapi tilam selesa, bantal fluffy sangat letak kepala terbenam gitu hehehe.. hujung kepala ada balkoni,buka pintu balkoni terus nampak waterfall. Nangis kagum dan gembira, kagum dengan diri sendiri sebab berjaya cari hostel murah, sangat bersih,hospitality tip top. Walaupun saya stay hostel tapi tak pernah jumpa pula dengan dormmates lain. Masa saya check in takde orang dalam bilik. Saya keluar berjalan balik malam pun still takde orang. Saya bangun awal pagi baru semua ada tapi tidur.


Next, apa saya buat di kampung Lauterbrunnen? Wait until next post ya!
X,
peachlilyfara
Im waiting for the continuation to this. 🤩
of course laling, ingat tak azam kita untuk travel bersama? It’s ON walaupun kita dah tua