Oh bad news untuk semua, semua orang akan merasai kehadiran blackhead dalam kehidupan. Berita baiknya, blackhead datang dan pergi sama juga seperti kehadiran manusia dalam hidup kita, cuma yang sayang kita akan stay lama sedikit. Hahaha just my anology. Blackhead yang degil dan dalam akan tinggal agak lama atas lapisan kulit.
Kulit akan mengumpul kulit mati sehingga tujuh lapisan sebelum ia gugur secara natural
Bertuah orang berkulit gelap kerana blackhead tidak nampak jelas di wajah mereka namun penjagaan wajah agar bersih haruslah dititik berat oleh semua orang tanpa mengira warna kulit.
Apa itu blackhead? Blackhead adalah minyak atau sebum yang teroksida yang terperangkap dalam pori-pori kulit. Bila pori-pori tersumbat, sebum dan kulit mati yang akan bereaksi dengan oksigen di udara, akan bertukar menjadi warna hitam.
Nak salahkan siapa? Okay macam biasa kita perempuan akan salahkan hormon, hormon buat kita mood swing, hormon buat kita gemuk 😛 Hmm betul lah tu, hormon yang meningkatkan penghasilan sebum.
Sebelum membaca tentang cara-cara menanggalkan blackheads, jom ketahui mitos mengenai blackheads.
Blackheads akan menjadi jerawat
Blackheads tidak akan bertukar menjadi jerawat kerana blackheads dan jerawat adalah entiti yang berbeza.
Mekap penyebab utama blackheads
Penyebab utama blackheads adalah sebum yang berlebihan yang terdedah diudara. Mekap bukan penyebab utama tapi boleh menjadi salah satu punca kerana mekap yang tidak dibersihkan betul-betul boleh membuat liang pori-pori tersumbat.
Skrub untuk hilangkan blackheads
Saya rasa ini adalah partly true kerana skrub yang berlebihan akan menyebabkan luka dan kering pada kulit. Boleh skrub, cuma menggunakan skrub lembut dan gunakan 1-3 kali seminggu mengikut jenis kulit.
Makanan segera boleh menyebabkan blackheads
Secara amnya, makanan tidak menyebabkan masalah kulit tapi ya, makanan sihat boleh meningkatkan kualiti keadaan kulit dan membuatkan ianya glowing. Jadi jangan lupa untuk makan protein, sayur-sayuran dan buah-buahan!
Blackheads ialah kotoran dalam pori-pori
Blackhead terjadi daripada kotoran yang terperangkap dalam liang pori-pori. SALAH! Minyak muka berlebihan yang terperangkap dan terdedah itu adalah blackheads.
Mencuci dan skrub wajah dengan kasar bukan satu penyelesaian malah akan memburukkan lagi keadaan kulit. Buat rutin penjagaan kulit seperti biasa tapi tambah cara ini 1-3 kali seminggu mengikut jenis kulit.
Okay, let’s remove the blackheads! Eh berani mati ya letak bareface dalam internet *menyorok bawah meja*

2- L’oreal Pure Clay Mask
Salicylic Acid boleh beli di kaunter atau cari di bahagian treatment jerawat. Kalau nak mudah, boleh beli di Shopee, taip sahaja nama. Salicylic ya taknak asid lain, jangan letak asid lantai pula, bukan blackhead je yang tanggal nanti! Clay mask bagi siapa yang rajin boleh bancuh baking soda jadi pes.


Fungsi clay mask ialah membuang sel kulit mati di lapisan kulit dan membersihkan pori-pori. Salicylic acid pula akan penetrate ke dalam kulit membersihkan, dan menolong pembaharuan sel kulit baru.
Selepas itu teruskan rutin macam biasa, serum dan pelembap. Itu cara-cara yang saya hendak kongsikan, boleh juga buat secara natural – home remedies, guna besi tanggal blackhead (sakit!) dan lain-lain.
Semoga bermanfaat ya.
x,
peachlily
Thanks for the trick & tips 😁 #KeArahZeroBlackheadsGittew
my pleasure
Wow… I like cara ni..
Nak trylah… Huhuuu….
Mcmana nak tau kita ada blackhead ke idok… Teeet….
senang je sbb kulit sis putih, nampak bintik bintik hitam atas hidung/dagu/dahi
blackhead lah tu
Wah fara..lps ni kak dini leh pi cr ordinary tu..
The Ordinary bagus kak dini, ingredients premium kualiti sgt baik