Selalunya apabila hujan saya lebih gemar terperap di dalam rumah sambil menghirup teh raspberry dan membaca. Tetapi minggu lepas agak kering tanpa hujan membuatkan hari ini saya hendak keluar rumah. Sedang eloklah kami belum makan tengah hari.
Saya memilih untuk makan tengah hari di Padi House selepas mengambil kira ketenangan dan keselesaan untuk anak yang super lasak.



Setelah memilih kek, saya mencari tempat duduk dan menunggu buku menu. Kek swiss roll yang dipilih dihantar agak lewat biar pun orang tidak ramai. Buku menu pun dapat lewat, itu pun setelah saya memanggil waiter.
Saya memesan dried chilli beef dan spaghetti carbonara untuk anak. Makanan dihantar agak lambat, mujur anak bertenang dengan keknya.


My verdict: Dried chilli beef cukup rasa, kuah pedas dan pekat cuma daging terlalu kering, tidak rasa juicy.
Spaghetti carbonara sedap, no complaint!
Harga dan menu boleh rujuk gambar-gambar di bawah




Review
Kebersihan – 5 stars Suasana & keselesaan – 5 stars Rasa makanan – 4 stars Service – 3 stars Harga- 4 stars
Jadi okay tak makan disini?
Okay saya recommend tapi datang pada waktu tidak sibuk.

Padi House, Galleria Putrajaya Presint 4
Wow… Bleh try… Selalu nampak restoren ni. Tp x terjejak lagi kaki ni….. Jom sesekali kita Chill2 kat sini
jom! suka sini sebab tenang
Selalu g sini sebab ambience, so far apa iols order semua best tapi mmg lambat sikit
Kalau sangat lapar boleh menimbulkan kemarahan
Cantik tempat ni, Peach. First time dengar sebenarnya. Thanks for sharing.
I rasa padi house ada branch lain di kl juga