Lipstick and Sneakers

Just sharing…

Menu
  • Home
  • Travel
  • Skincare
  • Foodie
  • Life
  • Contact Me
  • Disclaimer
Menu

6 cara untuk menjadi lebih produktif di bulan baharu

Posted on March 31, 2019April 1, 2019 by peachlilyfara

Sedar tidak sedar, kita telah meninggalkan suku pertama tahun 2019. Bagaimanakah azam tahun baru? Masih berjalan? Belum? atau baru hendak bermula April?

Pada pendapat saya perancangan adalah penting untuk mencapai sesuatu. Hanya azam tapi tanpa perancangan kita akan cepat berputus asa. Macam mana nak merancang? Saya tulis lebih terperinci di bawah tapi yang paling penting wajib ada planner book/journal.

Dapatkan planner yang lengkap dengan kalendar setiap bulan, tempat catatan. dan lain-lain yang dirasakan perlu. Pastikan planner book mudah dibawa ke mana-mana. Kalau terlalu besar, susah untuk dipegang atau dimasukkan ke dalam beg.

Secara peribadi saya suka planner book keluaran Shahab printing kerana ada checklist untuk kewangan, ibadah, win and lose for the month dan banyak lagi. Cuma satu kekurangannya ialah ia bukan berkulit keras.

1. Tetapkan matlamat yang spesifik

Refleks diri apa yang dapat dicapai apa yang belum dapat dicapai. Jika belum tercapai matlamat, fikir dan tulis apa yang kurang, apa yang menyebabkan matlamat tidak tercapai di dalam journal/planner.

Mengapa penting perlu tetapkan matlamat yang spesifik?

Ianya amat penting untuk menetapkan matlamat yang jelas dan boleh dikira jadi kita betul-betul tahu apa yang kita hendakkan. Sebagai contoh ‘ saya mahu turunkan berat badan’ – ini bukan matlamat yang spesifik tetapi ubah kepada ‘saya mahu turunkan berat badan selama 2kg pada bulan April dengan tidak makan lebih pada pukul 8 malam dan berjalan sekurang-kurangnya 8k langkah setiap hari.

Sangat spesifik bukan? Ianya lebih senang tercapai dari menetapkan matlamat secara general.

S.M.A.R.T

SMART adalah akronim kepada langkah-langkah yang boleh menolong kita mencapai matlamat realistik. Dengan menggunakan kaedah SMART, kita akan lebih jelas dengan langkah-langkah yang harus kita ambil untuk mencapai matlamat.

SPECIFIC

Tetapkan matlamat menjadi spesifik. Apa yang kita mahu capai. Lebih spesifik lebih baik.

Contoh – Dalam April, saya mahu menghafal surah Al-Mulk. Setiap minggu saya akan menghafal 8 ayat pada setiap waktu Subuh dan sementara menunggu Isyak.

MEASURABLE

Bolehkah matlamat anda boleh dikira? Jika tidak boleh maka sukar untuk lihat proges matlamat anda.

Letakkan angka pada matlamat jadi anda akan mempunyai tujuan spesifik untuk anda usahakan.

ATTAINABLE

Adakah matlamat anda realistik? Betulkah matlamat itu boleh dicapai dalam masa sebulan? Menetapkan matlamat yang tidak realistik akan menyebabkan anda rasa bersalah jika tidak dapat dicapai.

RELEVANT

Adakah matlamat itu penting? Relevan untuk anda? Atau patut anda fokus ke perkara lain dahulu yang lebih penting?

TIME

Apakah time frame anda untuk tunaikan matlamat ini? In this case, tajuk pun bulan jadi time frame anda patut sebulan lah kan. Jangan risau gunakan pencapaian bulan ini sebagai batu loncatan untuk pencapaian bulan depan.

Contoh – bulan Mac, turun 2kg, gunakan penurunan bulan Mac sebagai batu loncatan untuk turun lagi 2kg pada bulan April.

Sistem SMART adalah sistem yang baik untuk menetapkan matlamat supaya anda sentiasa produktif dan berfokus.

2. Tulis tarikh penting, perkara penting dalam kalendar planner

Menulis tarikh dan perkara penting itu penting sebagai ingatan supaya tidak terlepas perkara atau kejadian penting. Ini termasuk lah tarikh appointment, mesyuarat, bengkel, tarikh akhir submission dan lain- lain. Jangan lupa masukkan juga aktiviti sosial seperti menyambut ulang tahun perkahwinan, hari jadi, kenduri kawan dan sebagainya. Sudah tentu kita tidak mahu terlepas momen-momen penting bukan?


Jika berlaku ianya boleh melemahkan semangat dan munurunkan produktiviti. Kita juga akan lebih bersedia dari segi emosi dan fizikal bagi menghadapi hari-hari penting tersebut.

3. Kemaskan beg tangan/beg galas dan beg duit

Boleh pegang sebelah tangan je kalau tidak berat

Saya selalu meyimpan resit-resit bayaran dengan jangkaan akan mengkaji harga dan membuat audit kewangan diri. Juga untuk tax relief, tapi oh wait, resit kedai makan boleh dikira untuk pelepasan tax juga kah? Sudah tentu tidak!

Biasanya sebulan sekali saya akan lakukan checking dengan membuang segala isi beg tangan dan purse dan melalukan pembersihan. Apa yang tidak perlu ditong sampahkan, apa yang perlu dikemas dan dimasukkan semula. Resit untuk pelepasan cukai dimasukkan ke dalam fail khas.

Mempunyai lebih barang-barang daripada yang diperlukan hanya menyebabkan bag menjadi berat dan menyusahkan bila hendak cari benda bila diperlukan segera. Productivity? Down….

4. Sediakan bajet

Sangat mengecewakan jika kita hendak berbelanja tetapi duit telah menyusut teruk atau lebih malang lagi duit habis! Oh no! The last thing we want to do is borrowing people’s money. No jose, no!

Jadi menyediakan bajet kewangan adalah sangat sangat penting bagi semua orang. Listkan pendapatan yang masuk, pendapatan aktif atau pasif, pendapatan sampingan atau lain-lain punca kewangan.

Di bahagian lain pula senaraikan bil-bil dan komitmen yang perlu dibayar. Lebihan wang baru lah, dibelanjakan mengikut peribahasa ukur baju di badan sendiri. Jika belum mampu, tangguhkan niat dahulu. Save, save, save!

Ops, sebelum membayar komitmen, sila bayar diri anda dahulu dengan menyimpan wang dalam mana-mana instrumen pelaburan yang berisiko rendah. Saya rasa saya perlu menulis perkara ini di bawah topik ‘Financial’

5. Pastikan minggu pertama produktif

Good thing is contagious. Saya percaya vibe minggu yang baik akan berjangkit kepada minggu-minggu yang berikutnya.

Setelah menulis semua perkara di atas saya akan menyiapkan segala keperluan untuk seminggu akan datang atau sekurang kurangnya untk 3 hari.

Saya akan menyediakan pakaian untuk dipakai untuk 3 hari, siap diseterika dan disusun mengikut hari. Ini termasuklah baju sekolah anak untuk sesi pagi dan petang.

Kemudian saya akan memasak lebih untuk dijadikan bekal ke tempat kerja. Selalunya saya akan makan makanan tengah hari yang sama untuk 3 hari, dan akan menambah satu protein setiap hari hasil makan malam sebelumnya.

Selepas memasak saya akan memasukkan ke dalam bekas makanan siap-siap seperti ini.

saya punya
anak punya

Waktu pagi hanya panaskan dan I’m good to go. Cuma sekarang saya tidak perlu sediakan bekal anak lagi kerana suami ambil alih uruskan bekal anak setiap pagi. Yahoo! hihi..

Sebelum tidur lakukan pemeriksaan terakhir terhadap pakaian, beg dan peralatan yang diperlukan.

6. Reward diri

Setelah lakukan kesemuanya, rewardlah diri ikut cara anda. Saya lebih sukakan rendaman kaki dalam larutan magnesium flakes, long bath, di mana masa itu lah skrub badan, pakai hairmask, skrub muka dan menyapu body oil.

Selesai mandi pakai sheet mask sambil menonton youtube atau movie menarik di tv. Fikir yang positif dan menarik sahaja.

Akhir sekali, jangan lupa berdoa agar dipermudahkan urusan, tidak diberi dugaan besar dan diberikan kesihatan yang baik. Jangan lupa untuk doakan orang lain juga tau!

Ok tak tips di atas? Dapat sesuatu tak? Kalau ada yang nak berkongsi sudi lah drop komen di bahagian komen.

x,

peachlilyfara

16 thoughts on “6 cara untuk menjadi lebih produktif di bulan baharu”

  1. Najlaa Fatin says:
    April 1, 2019 at 11:37 am

    You nailed everything perfectly. Clap clap 😍👏🏻

    Reply
    1. peachlilyfara says:
      April 1, 2019 at 12:17 pm

      terharu! thank you Najlaa I really appreciate it

      Reply
  2. ajumohit says:
    April 27, 2019 at 3:51 pm

    untuk pastikan impian yang kita nak tu terlaksana, memang perlukan perancangan yang baik dan konsisten. semoga dipermudahkan dan mencapai apa yang diimpikan

    Reply
    1. peachlilyfara says:
      April 28, 2019 at 1:31 am

      Betul aju, perancangan amat penting

      Reply
  3. Zharif Azis says:
    April 27, 2019 at 10:41 pm

    Thank you for the sharing. Yelah, bila nak masuk ban baru, rasa semangat nak mulakan mcm2. Tp bila dah pertengahan, semuanya kelaut. Semoga kita istiqamah. Bagus tips2 dri u nie. Boleh apply nanti

    Reply
    1. peachlilyfara says:
      April 28, 2019 at 1:30 am

      Ya, selalunya pertengahan mesti ke laut. Teruskan balik aktiviti nanti semangat tu datang semula

      Reply
  4. Nadia Johari says:
    April 28, 2019 at 2:35 am

    ya betul, dalam hidup ni kene ada planner, kene ada jadual supaya hidup tratur. Kena ada yang membantu supaya tak terbeban sangat..kena ada simpanan untuk emergency..macam-macam la kan

    Reply
    1. peachlilyfara says:
      April 29, 2019 at 2:12 pm

      Ya betul, kena plan elok2 supaya kalau kecemasan terjadi kita dah bersedia

      Reply
  5. Tengkubutang says:
    April 28, 2019 at 4:28 pm

    wah.. bagusnya ada tips2 macam ni.. Yang penting bajet tu .. kena pandai control dalam berbelanja. . baru setiap bulan yang datang kewangan stabil je kan..heee

    Reply
    1. peachlilyfara says:
      April 29, 2019 at 2:11 pm

      Financial on point barulah malam dapat tidur lena

      Reply
  6. Mimi says:
    April 28, 2019 at 11:38 pm

    Betul tu. Perkongsian tips yang bagus. Naknpastikan matlamat kita tercapai kita kena ada oerancangan dan tindakan yang betul dan tepat

    Reply
    1. peachlilyfara says:
      April 29, 2019 at 2:10 pm

      Terima kasih

      Reply
  7. Ayu Rafikah Mohd Amin says:
    April 29, 2019 at 3:49 am

    huhuhu..saya pun macam ni memang selalu berazam untuk lebih produktif, sistematik dan tak nak buat benda last minit bagus entri ini mengingatkan kembali keazaman saya yang ingin saya capaikan pada awal tahun hari tu

    Reply
    1. peachlilyfara says:
      April 29, 2019 at 2:09 pm

      Yang penting kena ada azam. Biarpun life happens in the middle, kita bangkit dan teruskan

      Reply
  8. Halimah says:
    May 4, 2019 at 1:10 am

    Bagusnya ada planner yg dpt membantu kita dlm segala urusan bjln lancar dan terlsksana

    Reply
  9. Sunshine Kelly says:
    May 4, 2019 at 11:59 pm

    Thanks for the reminder, i really need to be SMART coz sometimes I ran out of focus and do something that totally waste of time and effort.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Notting Hill & Portobello Road
  • Kecewa dengan Kuang Si Waterfall, Luang Prabang Laos
  • Ulangtahun Perkahwinan di The Chateau, Berjaya Hills
  • BBQ dalam sungai, BBQ Lamb KL Kemensah
  • Cara-cara menghilangkan sunburn dalam sebulan

Wander Far

Putrajaya, Malaysia
farahhnazri@gmail.com

Give me some love

Archives

Recent Comments

  • peachlilyfara on Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri
  • peachlilyfara on Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri
  • peachlilyfara on Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri
  • uwais on Ulangtahun Perkahwinan di The Chateau, Berjaya Hills
  • Sunshine Kelly on Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri
©2021 Lipstick and Sneakers | Built using WordPress and Responsive Blogily theme by Superb