Lipstick and Sneakers

Just sharing…

Menu
  • Home
  • Travel
  • Skincare
  • Foodie
  • Life
  • Contact Me
  • Disclaimer
Menu

Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri

Posted on April 2, 2019April 1, 2019 by peachlilyfara

Setelah meletak beg, pasang cadar, test tilam dan bantal, buat apa yang patut, saya turun ke kaunter hostel untuk meminta cadangan ke mana saya patut pergi. Sebenarnya dah ada rancangan tapi itu la nak tanya juga. Malu bertanya nanti sesat jalan.

Penampakan duit ringit Malaysia di situ

Gadis kaunter yang sangat peramah mencadangkan ke Gunung Schilthorn dan kemudian ke Trümmelbach Falls yang ditutup pukul 5 petang. ‘You must be hurry’. Alaa nasiblah kalau tak sempat, not in my list untuk hiking waterfall.

Ada beberapa tempat untuk pergi ke Schilthorn, saya memilih untuk mengambil bas ke Stechelberg cable car. Hujan turun renyai-renyai tapi saya hampir pasti tidak akan kena asthma kerana udara di Lauterbrunnen sangat bersih.

The Schilthorn (2,970 metres (9,744 ft)) is a summit in Europe, in the Bernese Alps of Switzerland. It overlooks the valley of Lauterbrunnen in the Bernese Oberland, and is the highest mountain in the range lying north of the Sefinenfurgge Pass. The Schilthorn lies above the village of Mürren, from where a cable car leads to its summit.

To get to the Schilthorn from the valley floor, a series of cable cars must be taken. The cable cars begin in Stechelberg leaving to Gimmelwald and then onto Mürren. From Mürren another cable car is taken to Birg, which is the final change before the Schilthorn. This cable airway is the longest and was the most technically challenging airway to be built. The other way up is to take the cable car from Lauterbrunnen to Grütschalp and a train to Mürren, from where the cable car must be taken. Between Birg and the summit, the cable car passes over Grauseeli, a small lake. [Source: Wikipedia]

Di pondok menunggu bas yang comel

Semasa menaiki bas, saya berpesan kepada driver supaya memaklum dan menurunkan saya di Stechelberg. Saya takut terlepas dek terlalu asyik dengan pemandangan. Lesson learned very well hehehe…

Driver bas wanita itu sangat memahami, setiap perhentian dia akan berdiri dan umum kuat-kuat supaya tiada orang terlepas. Baik sungguh, I like 😛

Masa ni belum rasa takut
Stechelberg – Gimmewald

Ngeri tapi masih boleh bertahan. Berzikir dan banyak berdoa sebab takut. Sudahlah saya seorang je dalam cable car tu. Dengan angin bertiup kuat, bergoyang goyang cable car.

Gimmewald cable car station (stop selepas Stechelberg).

Disebabkan saya mempunyai Swiss pass, saya boleh naik ke Schilthorn secara percuma. Jika tidak harga single trip lebih mahal.

Rujuk harga tiket dan jenis pass di SINI

Meninggalkan Gimmewald dan menuju ke Murren. From mountain to other mountain

Saya tidak sabar ke Murren kerana pernah membaca Murren adalah kampung yang sangat cantik dan bersih, tapi bila saya keluar dari station cable car suasana sangat …..

Hampir tiba di station, kali ni ada orang lain dalam cable car, kurang rasa takut

Adui macam mana nak rotate ya? My destination yang nombor 1 , sekarang di nombor 3

Tiba di Murren dengan perasaan yang sangat gembira, rasa tak percaya pun ada. Akhirnya jejak juga kaki di situ. Rancangan saya ke Schilthorn dahulu dan melepak-lepak di Piz Gloria untuk feeling Bond’s girl .Kemudian baru turun explore Murren.

Piz Gloria is the name of the revolving restaurant on the Schilthorn near Mürren in the Bernese Oberland, Switzerland. The name Piz Gloria originated in Ian Fleming’s James Bond novel On Her Majesty’s Secret Service (1963), in which it is the mountain-top hideout of the villain Ernst Stavro Blofeld and contains an allergy clinic.

Di station Murren ada disediakan satu ‘real time’ television yang menyiarkan keadaan semasa Schilthorn. Haih la tak nampak rupa Schilthorn langsung sebab hujan sedang lebat di atas. Kabus dan salji menutupi kawasan. Tapi nak pergi juga hehehe..

Saya ke kaunter untuk minta pandangan daripada petugas, beliau menasihati saya supaya tidak naik ke Schilthorn kerana angin kencang dan hujan lebat. Okay baiklah, nasihat diterima dari rakyat tempatan yang sudah tentu biasa dengan keadaan Schilthorn.

Well it’s okay. Saya keluar dari station. Zuppp angin kuat menampar muka sampai tertutup mata. Bila buka mata nampak persekitaran kabus putih. Gabra, eh aku kat dunia mana nih? Mula lah fikir bukan-bukan. Sejuk pula sampai rasa ke tulang, padahal di Lauterbrunnen selamba je pakai tshirt, bergantung pada lemak di badan.

Station Muren
Berkabus je, selangkah dalam cahaya ke?
Aman damai

Baru pukul 4 petang lebih tapi pelik sebab tiada seorang pun di luar. Sunyi sepi je. Setakat seorang dua traveller yang nampaknya tengah explore juga. Hish mereka ni takde aktiviti beriadah ke, balik dari kerja ke? Pintu dan tingkap rumah masing-masing bertutup rapat. Walaupun macam pelik, saya berjalan juga.

Saya kembali ke Station Murren, membaca information di dinding. Memang tidak ramai orang, hello, it’s not yet winter, September baru tapi kenapa?

James, James Bond

Turun kembali di Stechelberg, sambil menunggu bas yang akan datang lagi sejam, saya berjalan jalan di kawasan sekitar. Cantik sungguh,saujana hijau memandang.

Stunning view!

Bas lagi sejam, confirm tak sempat la masuk dalam Trümmelbach Falls. Saya pergi juga ambil mood dan ambil gambar 😉

Dah puas berangan, puas menghayati pemandangan, bas pun sampai. Tiba di Lauterbrunnen, saya mencari makanan untuk dimasak untuk esok pagi. Coop, Switzerland’s chain supermarket ada berdekatan dengan hostel. Saya beli 4 biji telur, ribbon pasta, sup cendawan dalam tin dan pes bolognese dalam tiub macam tiub ubat gigi. Tak salah semua ni berharga lebih kurang RM30.

Barang-barang saya tandakan nama dan simpan dalam pantry. Too bad saya tak ambil gambar dapur. Dapur luas macam dapur masterchef, stove banyak, peralatan lagi lah banyak. Bahan-bahan percuma yang ditinggalkan oleh penghuni hostel terdahulu diletakkan pada satu tempat. Ahh adalah minyak masak, garam, gula, lada hitam, telur dan lain-lain. Ala rugi je beli telur. Minuman seperti uncang teh dan kopi diberi percuma.

Saya naik ke dorm, tiada orang. Okay lah kan, dorm ini ana yang punya :)). Selepas mandi segala, tengok balik gambar-gambar yang di ambil, study route dan train untuk esok. Letak handphone, jenguk luar hari sudah gelap.

Lampu bilik saya malapkan, suhu sejuk nyaman . Merenung dinding kayu dan kosongkan fikiran. Serious rasa tenang sangat, tiada satu bunyi bising pun di luar hanya terdengar bunyi deruan waterfall. Terlelap mimpi yang indah-indah sahaja. Bahagianya…

x,

peachlilyfara

Day 1 Switzerland – Geneva

Day 2 Switzerland – Panoramic Golden Train

16 thoughts on “Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri”

  1. Najlaa Fatin says:
    April 3, 2019 at 1:47 am

    A well written story. I am mesmerized by your writing! Clap clap. 👏🏻👏🏻 Keep writing, babe.

    Reply
    1. peachlilyfara says:
      April 3, 2019 at 2:34 am

      thank you for your support

      Reply
  2. Boyoteen83 says:
    April 3, 2019 at 3:10 pm

    Teringat pergi sini sunyi sepi , tengok ade miniature mcm funfair dlm satu kedai yg tutup.

    Reply
    1. peachlilyfara says:
      April 3, 2019 at 4:14 pm

      season apa time pergi tu?

      Reply
      1. Boyoteen83 says:
        April 5, 2019 at 6:44 am

        Winter.. tp kat atas tu masa p x terlalu sejuk. Naik nak cari snow tp jumpa tompok2 ais je

        Reply
        1. peachlilyfara says:
          April 5, 2019 at 8:07 am

          Through my experience, snow tak sejuk, angin yg buat sejuk

          Reply
  3. Mahamahu says:
    May 9, 2019 at 2:11 am

    Sangat menarik dan cantik tempat tu masih terpelihara alam semulajadinya dah juga masih sejuk dan penuh kehijauan bestnya rasa nak pergi sana juga lah tapi betul agak sikit seram kat sini hehehehe…

    Reply
  4. Rawlins GLAM says:
    May 9, 2019 at 2:25 am

    Oh my! Indahnya sekitaran situ. Kalau Rawlins pun memang terlepas hentian kot sebab ralit tengok pemandangan.

    I like your sharing. Sangat in depth and well written – insyaAllah akan membantu pada yang nak travel to the same location kelak.

    Reply
  5. TENGKUBUTANG says:
    May 9, 2019 at 2:50 am

    Wah.. beraninya dia naik cable car sorang-sorang.. huhu.. kalau TBrasa macam ada takut-takut sikit kalau sorang.. yelah kalau jadi apa-apa nak mintak tolong taktau kat sape.. hahaha.. penakot tuii.. cantiknya pemandangan dari atas.. nampak view hijau2.. cuaca pun nampak nyaman je tengok

    Reply
    1. peachlilyfara says:
      May 11, 2019 at 10:04 am

      dah datang dari jauh, hentam je huhu..lagipun taktau bila nak pegi lagi

      Reply
  6. Cik puan Ena says:
    May 9, 2019 at 4:07 am

    Masa awak pergi ni sorang or dengan partner? Teringin plak nak pergi nak hirup udara bersih di sana. Tengok kabus tebal, pemandangan cantik rasa nyaman je. Baca penulisan awak je ibarat ena dah ada kat situ. Good writing 👍

    Reply
    1. peachlilyfara says:
      May 11, 2019 at 10:03 am

      Saya pergi seorang je, ikut itenerary sendiri

      Reply
  7. Syamimi says:
    May 9, 2019 at 5:07 am

    Cantiknya permandangan..
    Dapat lihat negara orang secara live ni satu pengalaman yang indah sangat.
    Suka tengok permandangannya.
    Hijau yang menenangkan..

    Reply
  8. Ayu Rafikah says:
    May 10, 2019 at 3:59 am

    Bestnya. One of my wish list. Nak lawat tempat macam ni. Teruja betul tengok pemandangan indah di sini

    Reply
    1. peachlilyfara says:
      May 11, 2019 at 10:03 am

      In shaa Allah one day

      Reply
  9. Sunshine Kelly says:
    May 10, 2019 at 4:04 am

    Nice view but to be honest i pun takut time naik kabel car lebih lebih lagi musim hujan and angin macam ni.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Notting Hill & Portobello Road
  • Kecewa dengan Kuang Si Waterfall, Luang Prabang Laos
  • Ulangtahun Perkahwinan di The Chateau, Berjaya Hills
  • BBQ dalam sungai, BBQ Lamb KL Kemensah
  • Cara-cara menghilangkan sunburn dalam sebulan

Wander Far

Putrajaya, Malaysia
farahhnazri@gmail.com

Give me some love

Archives

Recent Comments

  • peachlilyfara on Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri
  • peachlilyfara on Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri
  • peachlilyfara on Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri
  • uwais on Ulangtahun Perkahwinan di The Chateau, Berjaya Hills
  • Sunshine Kelly on Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri
©2021 Lipstick and Sneakers | Built using WordPress and Responsive Blogily theme by Superb