Lipstick and Sneakers

Just sharing…

Menu
  • Home
  • Travel
  • Skincare
  • Foodie
  • Life
  • Contact Me
  • Disclaimer
Menu

Resepi sihat siakap stim limau

Posted on April 4, 2019April 4, 2019 by peachlilyfara

Bulan April sehingga awal bulan Mei dijangkakan akan berlaku hujan berpanjangan. Makanan bersup, tomyam, singgang dan stim amat sesuai ketika musim sejuk kerana mampu memanaskan badan.

Biasanya masakan-masakan di atas merupakan menu sihat. Juga menjadi pilihan orang yang berdiet kerana ianya berkalori rendah dan tidak berminyak. Itu pun jika tidak ditumis terlebih dahulu.

Pada pendapat saya, menu-menu tersebut tidak perlu ditumis dan diletakkan perasa tiruan. Cukuplah jika ditambah dan diadun dengan herba-herba tempatan atau herba import. Sememangnya sangat berkhasiat kerana mengandungi banyak vitamin dan garam mineral.

Antara ikan yang menjadi pilihan saya untuk stim ialah ikan siakap, ikan merah dan ikan kerisi. Ikan isi putih lebih manis, lembut dan juicy. Ikan isi putih juga amat sesuai untuk ibu-ibu yang berpantang, atau mereka yang baru menjalani pembedahan.

Disebabkan kali ini saya memilih ikan siakap jadi saya nak berkongsi khasiatnya.

Pilih yang fresh, yang tidak merah matanya

Ikan siakap mengandungi mengandungi banyak garam mineral. Antaranya fosforus, selenium dan potasium. Selain itu ianya kaya dengan vitamin B1 yang penting untuk sistem saraf. Selain itu ianya;

Mempertingkatkan kesihatan mata

Ikan siakap mengandungi vitamin A yang membantu penglihatan

Mencegah dari sakit jantung

Ikan siakap mempunyai omega 3 yang berupaya mencegah masalah jantung dan tekanan darah tinggi.

Menguatkan tulang

Ikan siakap mengandungi kalsium dimana ianya bagus untuk kekuatan tulang dan dan gigi.

Sedikit manfaat mengenai herba. Halia boleh membuang angin dalam badan, melegakan sebu perut,melancarkan peredaran darah. Disebabkan mengandungi gingerol dan shagoal iaitu bahan anti radang, halia adalah ubat tahan sakit yang semulajadi.

Bawang putih pula bersifat antikanser. Ia juga mampu melawan selsema, batuk dan hidung tersumbat. Selain itu bawang putih mampu meningkatkan antibodi badan jadi tidaklah selalu sakit.

Okay, jom baca resepi

Resepi Ikan Siakap Stim Limau Sihat

Bahan-bahan A

  • garam pink himalayan
  • lada hitam kasar

Bahan-bahan B (untuk kuah)

  • secawan air
  • 5 biji limau (diambil jus dan buang biji)
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • setengah inci halia dimayang halus
  • 2 biji cili padi hijau diketuk
  • secubit garam pink himalayan
  • 4 biji tomato cherry dibelah 2

Bahan-bahan C (untuk garnishing)

  • Daun ketumbar
  • Cili padi/cili merah dihiris nipis
  • sehiris limau nipis

Cara-cara

  • Panaskan steamer
  • Lumurkan garam dan blackpepper ke seluruh ikan
  • Steamkan ikan selama 20 minit
  • Dalam kuali, didihkan air, tuangkan bawang putih dan halia
  • Tuang jus limau kasturi, masukkan garam, biarkan
  • Masukkan tomato cherry
  • Biar selama seminit dan tutup api.
  • Hidangkan ikan atas piring, air stim ikan buangkan
  • Curahkan kuah yang dimasak dan taburkan bahan-bahan garnishing

Voila! Siap. Senang sangat macam ABC. Tak guna bahan asing pun macam kiub ayam , semua natural. Mostly adalah superfoods yang mengandungi banyak khasiat.

Saya lebih suka untuk memasukkan sejenis sayur supaya kuah nampak ‘bersih’. Tomato cherry yang berwarna merah dan oren sangat menaikkan warna kuah. Daun ketumbar pula melengkapkan warna hidangan dan baunya mampu menaikkan selera.

Kalori per 100 gram: 59 kcal, 0 carb, 10g protein, 1g fat (sumber: myfitnesspal)

Trivia:- Limau kasturi mampu menurunkan berat badan tapi jangan makan berlebihan pula. Kalau tak satu lori limau pun tak jadi apa 🙂

Selamat mencuba. Sudah lah mudah, sedap pula tu. Jika dah cuba, sila lah bagi feedback di ruangan komen di bawah.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Notting Hill & Portobello Road
  • Kecewa dengan Kuang Si Waterfall, Luang Prabang Laos
  • Ulangtahun Perkahwinan di The Chateau, Berjaya Hills
  • BBQ dalam sungai, BBQ Lamb KL Kemensah
  • Cara-cara menghilangkan sunburn dalam sebulan

Wander Far

Putrajaya, Malaysia
farahhnazri@gmail.com

Give me some love

Archives

Recent Comments

  • peachlilyfara on Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri
  • peachlilyfara on Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri
  • peachlilyfara on Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri
  • uwais on Ulangtahun Perkahwinan di The Chateau, Berjaya Hills
  • Sunshine Kelly on Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri
©2021 Lipstick and Sneakers | Built using WordPress and Responsive Blogily theme by Superb