Lipstick and Sneakers

Just sharing…

Menu
  • Home
  • Travel
  • Skincare
  • Foodie
  • Life
  • Contact Me
  • Disclaimer
Menu

BBQ dalam sungai, BBQ Lamb KL Kemensah

Posted on April 11, 2019April 11, 2019 by peachlilyfara

Bulan Februari setiap tahun saya akan mencari tempat-tempat makan baharu , unik dan menarik untuk meraikan hari jadi ‘the one and only’ anak kesayangan.

Setelah mencari saya terjumpa dengan restaurant barbecue yang berkonsepkan ‘open air makan dalam sungai’. Wah menarik, dengan cuaca panas dapat makan dalam sungai mesti nyaman.

Dengan pantas saya mendapatkan nombor telefon dan menghubungi restaurant tersebut. Saya sertakan nombor telefon dan alamat restoren di bawah sekali.

Pihak restoren memesej saya dengan menghantar menu-menu yang terdapat di restoren. Bagus kan? Boleh saya fikir apa yang hendak dipesan nanti.

Terdapat beberapa pakej makanan di dalam menu. Tiada buffet atau menu ala carte jadi saya cadangkan datang berdua, bertiga, berempat atau lebih. Baru berbaloi makan.

Set daging
Set makanan laut
Set skewer
Bird set
Set untuk 2 orang
Untuk yang tidak makan daging

Walaubagaimana pun, pakej makanan hanya boleh dipesan setelah sampai di restoren. Tidak boleh pesan melalui mesej.

Saya membuat booking pada pukul 2.30 petang dan tiba pukul 2.00 petang pada hari kejadian. Mudah sahaja cara pergi, ikut jalan ke Zoo Negara dan bila sampai anda akan nampak sebatang jalan kecil di sebelah kanan.

Masuk ke jalan tersebut dalam 3km. Anda akan melalui persekitaran kampung sebelum sampai ke restaurant.

Untuk meletak kereta, saya cadangkan untuk letak di kawasan bahagian atas restaurant. Boleh juga parking dalam kawasan restoren tetapi agak sempit dan terhad. Keadaan agak penuh pada waktu hujung minggu tetapi tidaklah sesak.

Saya sarankan untuk anda ‘double confirm’ booking terlebih dahulu. Apa yang terjadi pada saya adalah nama saya tidak tertulis dalam buku booking. Saya diminta untuk menunjukkan perbualan What’s App sebagai bukti. Okay bersabar ya..

Sampai di depan restaurant anak saya dah melompat kegembiraan apabila ternampak sungai di bawah. Tambahan pula ada motor aiskrim di depan restaurant. Harus lah kena cukai aiskrim dalam roti dan aiskrim kon! Mujur lah ada aiskrim sebagai penenang sementara menunggu giliran kami.

Pesanan makanan dibuat dan menunggu dengan sabar dan tenang. Walaupun tertanya-tanya kenapa nama saya tiada dalam booking. Namun pukul 2.40 petang barulah giliran kami dipanggil. Akhirnya!

Air sungai hanya separas buku lali sahaja. Untuk yang tidak tahan memijak batu sungai dengan bare foot terpaksalah memakai kasut sendiri. Bagi saya licin kalau pakai kasut. Tak pakai kasut baru lah real, memijak2 batu sungai bagaikan refleksologi kaki.

Minuman oren disediakan secara free flow cuma tong air diletakkan di tepi sungai. Agak susah untuk berulang alik dari meja makan ke tepi sungai dengan membawa gelas-gelas minuman. Boleh juga memesan minuman lain jika malas berulang-alik tetapi harga lain lah.

Makanan tiba agak lambat, setengah jam lambat. Okay faham mungkin hujung minggu, orang agak ramai. Sebenarnya saya agak risau jika anak mula tidak sabar dan membuat perangai. Mujurlah semua baik sahaja, kerana dia menikmati air sungai mengalir di kaki. Nasib baik!

Walaupun di dalam hutan, cuaca panas agak terasa. Panas di kepala, sejuk di kaki hehehe.

Makanan dah sampai

Kami memilih pakej daging. Ada daging ayam, lembu,kambing dan itik. Saya kira portion nya agak besar untuk kami, nasib lah dah kosongkan perut sebelum datang.

Saya sarankan membawa baju persalinan kerana ada sebuah kolam kecil di sebelah sungai untuk kanak-kanak. Anak saya tidak berminat untuk mandi, haha lega mak.

Sebaik makanan habis, gerimis mula turun. Cuaca menjadi redup. It’s time to go home. Masing-masing kenyang dan gembira.

Ada lagi tak tempat makan menarik dan unik? Untuk tahun-tahun berikutnya pula.

Review

Tempat/kebersihan – 3 , Harga – 4 Perkhidmatan – 2 Rasa Makanan – 3

Yang saya suka – tempat unik

Yang saya tidak suka – lambat walaupun sudah booking, orang yang walk in datang sama waktu pun dapat sama giliran dengan kami. Jadi perlu ke booking? – Air minuman diletakkan tepi sungai. Saya cadang sediakan air dalam jug plastik setiap meja. – Makanan lambat sampai.

Adakah saya cadangkan tempat ini? Untuk sekali makan, untuk pengalaman boleh datang. Untuk kali kedua dan seterusnya besar kemungkinan tidak.

Nota tambahan: Masjid kampung sangat dekat dengan restoren.

Alamat: BBQ Lamb KL Kemensah,
Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor

Mon-Thu, Sat-Sun 12–10pmFri 4–10pm

012-211 4100

4 thoughts on “BBQ dalam sungai, BBQ Lamb KL Kemensah”

  1. Kak Jah says:
    April 13, 2019 at 11:32 am

    Menariknya sis…
    Rasa mcm nak gi je nanti bila2 masa

    Reply
    1. peachlilyfara says:
      April 13, 2019 at 3:53 pm

      Fahmi mesti suka, mcm Ayel

      Reply
  2. Izza says:
    April 15, 2019 at 2:15 am

    Perkongsian yang menarik.. Ni bkn anak2 je suka, mak ayah pun suka sebab pakej makan dengan merasa ketenangan….

    Reply
    1. peachlilyfara says:
      April 15, 2019 at 5:27 am

      Ya, nanti bawa la anak5, mesti diorang happy. Sekali sekala tu nak juga lain dari yg lain.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Notting Hill & Portobello Road
  • Kecewa dengan Kuang Si Waterfall, Luang Prabang Laos
  • Ulangtahun Perkahwinan di The Chateau, Berjaya Hills
  • BBQ dalam sungai, BBQ Lamb KL Kemensah
  • Cara-cara menghilangkan sunburn dalam sebulan

Wander Far

Putrajaya, Malaysia
farahhnazri@gmail.com

Give me some love

Archives

Recent Comments

  • peachlilyfara on Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri
  • peachlilyfara on Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri
  • peachlilyfara on Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri
  • uwais on Ulangtahun Perkahwinan di The Chateau, Berjaya Hills
  • Sunshine Kelly on Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri
©2021 Lipstick and Sneakers | Built using WordPress and Responsive Blogily theme by Superb