Lipstick and Sneakers

Just sharing…

Menu
  • Home
  • Travel
  • Skincare
  • Foodie
  • Life
  • Contact Me
  • Disclaimer
Menu

Ulangtahun Perkahwinan di The Chateau, Berjaya Hills

Posted on April 21, 2019April 21, 2019 by peachlilyfara

Bukan senang untuk mendapat wedding anniversary getaway kerana selalunya bulan Februari – Mei suami akan bertugas di luar negara. Kali terakhir anniversary getaway pada 2016.

Biasanya kami akan pergi pada hujung minggu. It’s a really short getaway, pergi Sabtu balik Ahad. Suami mencadangkan untuk stay 2 malam, Jumaat- Ahad tapi saya ada tuition. One night will do, but …..

Sebenarnya bukan nak cerita pasal anniversary, saya nak review mengenai The Chateau Resort & Spa. Saya mengetahui mengenai resort ini pada tahun 2015 tetapi pada masa itu kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan menginap di situ. Resort dibuka khusus untuk privasi orang dewasa.

Sehinggalah tahun lepas, saya melihat semula polisi resort dan ya, mereka sudah membenarkan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah menginap di The Chateau.

Saya memilih The Chateau kerana ianya merupakan resort spa organik pertama di dunia. Ianya juga diiktiraf sebagai resort organik pertama dianugerahkan 7 bintang di dunia. Juga satu-satunya di Malaysia.

Bedlinen organik, bantal organik., selimut organik. Ada beza tak? Ada..cerita di bawah

Pengiktirafan

The Chateau Spa & Organic Wellness Resort

The Chateau (sebutan: sha-tow) adalah satu perkataan Perancis yang bermaksud The Castle. Binaan bangunan inspirasi daripada Castle Haut Koenisbourg yang terletak di Alsace, Perancis.

Sejarah penubuhan di Malaysia tercetus apabila Tun Mahathir melawat negara Perancis. Bersama beliau adalah Tan Sri Vincent Tan. Apabila mereka melawat Haut Koenisbourg, Tun M mencadangkan Tan Sri Vincent membuka satu resort ala Castle Haut Koenisbourg di Malaysia.

Dan ya, memang sepatutnya castle dibina di atas bukit atau gunung. The Chateau sangat hampir dengan satu pusat perlancongan persis di Perancis iaitu Colmar Tropicale. Boleh jalan kaki je.

Terdapat sebuat postguard terletak lebih kurang 10km dari Colmar, The Chateau, Japanese Cultural Village dan sebagainya. Semua kereta harus berhenti dan membayar harga per kepala. Jika menginap di The Chateau, tiada bayaran dikenakan.

Postguard kedua terletak beberapa ratus meter dari Chateau. Mereka akan mengesahkan nama pem’booking’ dan barulah dibenarkan masuk ke kawasan. Setelah masuk ke kawasan lobi kami dibenarkan untuk memarkir kereta di kawasan private. Seorang bellboy telah menunggu di tepi kereta untuk mengambil beg.

Wow, istimewa sungguh layanan! Biasanya bellboy akan menunggu di pintu lobi tapi kali ni datang ke kereta. Kemudian seorang butler datang menjemput kami dari kereta ke sebuah cafe kecil berdekatan lobi.

“Uih feeling have2 pula” kata suami. Tergelak tapi saya bersetuju.

  • Suasana mewah berinspirasikan Hollywood

Kami diberi dua gelas welcome drink, honey mint drink. Refreshing sangat rasanya sesuai untuk cuaca hangat. Anak saya suka sungguh sehingga saya dapat minum seteguk sahaja. Papanya lagi lah tak dapat minum langsung. Hairan sebab selalunya dia kurang layan minuman jenis kesihatan.

Kemudian salah seorang pengurus bernama Mr Mohamed datang melayan kami. Untuk check in, pelanggan tidak perlu mendaftar di kaunter lobi.

Sebaliknya mereka akan datang kepada kita membawa kad-kad akses dan dokumen untuk ditandatangan. Setelah selesai, Mr Mohamed membawa kami ke bilik sambil menunjuk keadaan sekitar.

Kami melalui menara yang ada banyak tingkap ala Perancis. Saya sebenarnya amat sukakan interior dan exterior design Perancis terutama yang di sebelah kampung-kampung dan selatan.

Saya terkenang memori di Nice dan Cannes. Sambil berjalan sambil berhenti ambil gambar bangunan, taman, balkoni dan rumah orang. Ops!

Saya memilih Premier King Room kerana mempunyai bath tub. Semestinya untuk anak yang suka mandi dan berendam.

Buka sahaja pintu, wow surprise!

P/S – maafkan saya kerana gambar banyak senget. Saya update guna telefon je sebab laptop uhhh banyak hal pula. Sekejap motherboard sekejap keyboard.

Itu yang tak berupdate langsung last week. Truthfully rimas update guna phone. Kecil dan suka lari-lari block.

Idea dan topik banyak je. Bila laptop dah ok, saya akan rotate gambar-gambar semula. Teleng no more huhu.

Part 2 akan menyusul dengan gambar dalam bilik, gambar facilities, Colmar dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai The Chateau, sila klik http://www.thechateau.com.my/

1 thought on “Ulangtahun Perkahwinan di The Chateau, Berjaya Hills”

  1. uwais says:
    May 10, 2019 at 7:00 am

    Menarik ni….

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Notting Hill & Portobello Road
  • Kecewa dengan Kuang Si Waterfall, Luang Prabang Laos
  • Ulangtahun Perkahwinan di The Chateau, Berjaya Hills
  • BBQ dalam sungai, BBQ Lamb KL Kemensah
  • Cara-cara menghilangkan sunburn dalam sebulan

Wander Far

Putrajaya, Malaysia
farahhnazri@gmail.com

Give me some love

Archives

Recent Comments

  • peachlilyfara on Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri
  • peachlilyfara on Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri
  • peachlilyfara on Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri
  • uwais on Ulangtahun Perkahwinan di The Chateau, Berjaya Hills
  • Sunshine Kelly on Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri
©2021 Lipstick and Sneakers | Built using WordPress and Responsive Blogily theme by Superb