Lipstick and Sneakers

Just sharing…

Menu
  • Home
  • Travel
  • Skincare
  • Foodie
  • Life
  • Contact Me
  • Disclaimer
Menu

Notting Hill & Portobello Road

Posted on March 14, 2020March 15, 2020 by peachlilyfara

Kalau anda peminat pelakon Julia Roberts mesti tahu salah satu filemnya yang bertajuk Notting Hill. Saya menonton filem itu sejak dari remaja dan tidak pernah jemu untuk menonton lagi dan lagi,.

T-shirt yang dijual dengan harga yang agak mahal OMG

Saya bukanlah hendak menulis mengenai filem tapi tentang tempat penggambaran itu sendiri, Notting Hill. Juga, mengenai salah satu pasar yang sangat berkarekter di London. Hampir dengan Notting Hill, iaitu Portobello Market.

”Notting Hill is an affluent district of West London, England, in the Royal Borough of Kensington and Chelsea.

Notting Hill is known for being a cosmopolitan and multicultural neighbourhood, hosting the annual Notting Hill Carnival and Portobello Road Market.[2]

From around 1870, Notting Hill had an association with artists’

Sumber: Wikipedia

Dahulu saya boleh dikatakan selalu juga ke sana. Dari rumah saya ke Notting Hill hanya perlu menaiki tube tanpa perlu menukar stesyen. 7 stesyen saja dah sampai.

Letak gambar kecil sudah hehehe

Nak naik bas pun boleh tapi bas memakan masa yang lama. Banyak sangat perhentiannya.

Keluar daripada underground station akan nampak restaurant milik chef terkenal iaitu Jamie Oliver.Best ke? Entah, tak pernah cuba pula.

Untuk ke Portobello Road perlu berjalan kaki dalam masa 8-12 minit mengikut kecergasan.

Sepanjang jalan banyak kedai baju, kasut, barang perhiasan, barangan vintage dan bermacam lagi. Yang paling saya suka kedai 5pound. Baju, beg, kasut, leggings tebal winter semua berharga 5pound sahaja.

Gambar yang di stesyen Notting Hill tu pun, jaket kulit tipu2 je berharga 8 pound. Beli 2 dapat lah 15 pound. Dah macam thrift shop! Jimat.

Keluarga saya pun suka mengirim. Datang kedai ni kena buat video call ke Malaysia. Mereka tunjuk-tunjuk je nak yang mana. Yang kelakar, pemilik kedai, orang Algeria turut nak masuk dalam video call, melambai lambai pada emak saya. Amboi!

Berjalan lagi dan lagi akhirnya akan sampai ke Portobello Road. Kemudian akan jumpa Portobello Market.

Asalnya tempat ini merupakan salah satu ‘slump area’ di London. Imigran dari Carribean ramai tinggal di sini kerana sewanya yang murah. Tapi penah berlaku kekecohan apabila ada tuan rumah mengambil peluang.

Seronok saya bayangkan mesti tuan tanah sangat kaya raya. Dahulu ini kawasan miskin, sekarang dah jadi salah satu kawasan yang sangat mahal di London. Makin terkenal kerana banyak penggambaran filem dilakukan di sini.

Layan gambar-gambar ok

Selain berjalan-jalan cuci mata, saya suka merasa pelbagai makanan antarabangsa di sini. Macam-macam masakan dari pelosok dunia ada. Pilih nak yang mana. Pada yang Muslim tanya lah dahulu bahan-bahan dan cara masakan tu. Okay?

Wafer di Belgium 50 kali ganda sedap!

Kalau anda datang London, jadikan Notting Hill dan Portobello Road sebagai salah satu ‘must visit place’ ya.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Notting Hill & Portobello Road
  • Kecewa dengan Kuang Si Waterfall, Luang Prabang Laos
  • Ulangtahun Perkahwinan di The Chateau, Berjaya Hills
  • BBQ dalam sungai, BBQ Lamb KL Kemensah
  • Cara-cara menghilangkan sunburn dalam sebulan

Wander Far

Putrajaya, Malaysia
farahhnazri@gmail.com

Give me some love

Archives

Recent Comments

  • peachlilyfara on Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri
  • peachlilyfara on Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri
  • peachlilyfara on Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri
  • uwais on Ulangtahun Perkahwinan di The Chateau, Berjaya Hills
  • Sunshine Kelly on Lauterbrunnen dan Murren yang penuh misteri
©2021 Lipstick and Sneakers | Built using WordPress and Responsive Blogily theme by Superb