
Liar, liar, pants on fire! Alangkah senang jika hidung si penipu memanjang ketika berbohong seperti Pinocchio, tak perlu kita tertanya-tanya apa yang dituturkan benar atau tidak. Ahaa..jangan risau, bahasa tubuh dan cara percakapan pun boleh beritahu kita samada dia betul atau bohong!
Eye contact – ada dua situasi di sini. Pertama orang yang sedang menipu cuba melarikan anak mata ketika bercakap kerana mencari idea atau takut untuk bertentang mata. Kedua, dia menatap mata kita dalam-dalam, okay ini biasanya orang yang pro menipu, sebenarnya dia cuba memanipulasi kita. Lihat juga anak matanya membesar dari biasa.
Nada – sama ada slurring dengan aaa, aa, aa hmm macam gagap atau untuk yang dah biasa menipu, pitch tinggi dan keras. Sama juga untuk memanipulasi kita supaya yakin dan percaya. Penah dengar ahli politik berucap bukan?
Sentuh hidung – ada kajian mengatakan, orang yang sedang berbohong akan banyak kali menyentuh hidung mereka tanpa sedar.
Cakap berulang tapi tidak konsisten – hah spot on! Ini paling senang nak kesan. Biasanya penipu lupa apa yang dia tipu tambahan kita cuba provoke :). Sekejap cakap A, sekejap B, bila kita ingatkan bukan you cakap A ke tadi? Biasanya dia akan kata memanglah, tapi ……. (tambah ayat tipu baru)
Sikap – Biasanya orang yang tidak menipu akan cuba untuk menolong atau sekurang-kurangnya memberi cadangan tetapi penipu mungkin mengelak atau tidak beri kerjasama sebab mereka ada something to hide.
Terlebih butiran – Penipu akan bercerita dengan details terperinci supaya orang tak bertanya tetapi key point dia sentuh sikit sahaja. Di sini ulang point nombor 4, tanya balik butiran, biasanya tidak akan sama sebab dia dah lupa! hahaha…
Jadi pernah tak anda mengalami situasi di atas? Boleh komen di ruangan komen di bawah. Akhir sekali, jangan menipu, kerana kebenaran akhirnya akan terserlah juga.
Pernah gak… Tp akak kdg suka Buat2 x tahu sebab nak tgk reaksi wajah….haha….konpem lucu… Nak2 bila kita dh tahu cerita sebenar…. Okbai
seronok tengok sejauh mana dia nak tipu dan putar belit 🙂